am@hmetro.com.my
Alor Setar: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak semalam.
Polis Kota Setar dalam kenyataannya hari ini berkata, remaja terbabit, Alzara Abdullah mempunyai ciri-ciri fizikal iaitu tinggi 168 sentimeter (sm) dan beratnya 60 kilogram (kg).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung remaja itu boleh menghubungi talian 013-9630772 (Sarjan Syahidah).
Selain itu, orang ramai boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7747222 atau talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7747222.
© New Straits Times Press (M) Bhd