33 maut dipanah petir

33 maut dipanah petir
Panahan petir merentasi kawasan luar bandar semasa ribut monsun di negeri Bihar, India Timur. Foto AFP

Panahan petir merentasi kawasan luar bandar semasa ribut monsun di negeri Bihar, India Timur. Foto AFP

PATNA – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh akibat dipanah petir semasa ribut monsun di negeri Bihar, India Timur minggu ini, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Pengurusan Bencana negeri itu, kejadian berlaku antara Rabu dan Khamis ketika ribut kuat melanda, dengan kebanyakan mangsa merupakan petani dan buruh yang bekerja di kawasan terbuka.

Ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dan petir dijangka berterusan di beberapa bahagian negeri tersebut.

Menteri Pengurusan Bencana Bihar, Vijay Kumar Mandal berkata, pihaknya telah mengarahkan pentadbiran daerah terjejas supaya meningkatkan kesedaran awam dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran cuaca.

Kerajaan negeri turut mengumumkan pampasan sebanyak 4 juta rupee (RM21,500) kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Statistik rasmi menunjukkan 243 orang maut akibat dipanah petir di Bihar pada 2024, manakala 275 kematian dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Kawasan timur India, termasuk Bihar, sering dilanda banjir tahunan yang menyebabkan puluhan kematian serta memaksa ratusan ribu penduduk berpindah setiap musim monsun. – AFP

Scroll to Top