Anting-Anting ‘BASS’ Jadi Perhatian, Bella Astillah Ada Sebab Pakai 

Anting-Anting ‘BASS’ Jadi Perhatian, Bella Astillah Ada Sebab Pakai 

Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dalam satu acara baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila mata-mata tertumpu pada anting-anting yang dipakainya.

Dapat dilihat anting-anting tersebut tertera huruf ‘SS’ sekaligus menjadi bualan netizen dimana ada yang membuat andaian ianya merujuk kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

BACA: Bella Astillah Tak Perasan Ibu Mentua Ucap Birthday Kepada Anak-Anak

Memetik Astro Gempak, Bella berkata anting-anting tersebut disediakan oleh jurugaya untuk sesi fotografi bersama Solar Time. 

“Yang ini jurugaya saya yang sediakan. Memang kita ada sesi fotografi bersama dengan Solar Time. ini aksesori yang diberikan. Jadi aksesori ada sebelah BA sebelah lagi SS,” katanya.

Pada Jun lalu, timbul dakwaan Bella sudah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq bagaimanapun penyanyi itu enggan mengulas lanjut.

Bella tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan berkenaan sebaliknya dia hanya mahu memberi fokus pada anak-anak.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top