Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia berkongsikan suaminya kini tidak lagi bersama Suria FM selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen pagi bersama Ajak dan Kai.
Bagaimanapun, perkongsian Almy di Insta Story mencetuskan tanda tanya seolah memberi bayangan keputusan tersebut bukan dibuat secara sukarela.
BACA: Almy Nadia Nak Kurus Tapi Fizz Fairuz Tak Izinkan

“Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik. Ditemukan dengan orang-orang baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.
“Dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka aniaya orang, Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Saya sayang awak (Fizz Fairuz) dan mama sentiasa ada dengan sayang,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain Almy berkata dia percaya bahawa ada rezeki lain buat suaminya serta meluahkan rasa syukur sepanjang perjalanan Fizz di stesen radio berkenaan.
“Alhamdulillah tamat sudah perjalanan beliau di Suria FM. Bersyukur dan percaya rezeki ada di mana-mana. Pada yang tet, terima kasih juga, ingat Allah sentiasa ada,” tulisnya.