[VIDEO] “Kata Laluan, Media Sosial Isteri Perlu Tahu” – Aliff Syukri Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia

[VIDEO] “Kata Laluan, Media Sosial Isteri Perlu Tahu” –  Aliff Syukri Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi empat tips untuk membina rumah tangga bahagia.

Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik di platform TikTok, Aliff secara bersahaja memberi panduan kepada kaum lelaki yang ingin menjaga hati pasangan mereka.

Menurut Aliff, perkara pertama yang perlu dititikberatkan oleh suami adalah menjaga hubungan baik dengan ibu bapa mentua.

“Buat empat perkara ni, rumah tangga korang akan bahagia. Tak minta sampai beribu-ribu, tapi kalau hulur RM150 pun mereka dah cukup gembira,” katanya.

Tambahnya lagi, cara berkomunikasi juga memainkan peranan penting dalam keharmonian rumah tangga.

“Kena cakap dengan lemah lembut,” ujarnya.

Namun, kenyataan Aliff yang ketiga nyata mencetuskan tawa apabila dia secara berseloroh menyentuh soal hubungan suami isteri.

“Servis ‘l*bang puaka’ sebulan minimum tiga kali,” katanya.

Tip terakhir yang dikongsikan pula menyentuh soal kepercayaan dalam hubungan.

“Kata laluan telefon dan semua media sosial, isteri perlu tahu. Itu penting untuk bina kepercayaan,” katanya.

Perkongsian Aliff itu menerima pelbagai reaksi di ruangan komen, malah ramai dalam kalangan netizen bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan.

Scroll to Top