Atikah Suhaime Pangku Anak 5 Jam Dalam Kereta Gara-Gara Terpengaruh Video TikTok

Atikah Suhaime Pangku Anak 5 Jam Dalam Kereta Gara-Gara Terpengaruh Video TikTok

Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui takut untuk meletakkan anaknya dalam kurusi keselamatan bayi ketika pulang ke Singapura baru-baru ini selepas menonton satu video di TikTok.

Memetik mStar Online, Atikah berkata sebagai ibu dia berusaha untuk mencari maklumat berkenaan keselamatan anaknya namun tidak sangka berita tular itu mempengaruhi dirinya.

BACA: Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Didik Anak Hidup Bersederhana 

“Saya rasa semua orang yang kali pertama menjadi ibu ada perasaan yang sama. Kita pula bukan tengok sumber yang betul. Saya tengok TikTok dan terus percaya,” katanya.

Menurut Atikah, video tersebut memberi amaran penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam tempoh terlalu lama boleh mengganggu pernafasan bayi dan boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

“Saya selalu letak Mulan dekat car seat tapi bila ternampak video TikTok mengatakan bayi tak boleh terlalu lama berada dalam car seat kerana bimbang tak boleh bernafas terus saya jadi takut,” katanya.

Sementara itu, Atikah berkata disebabkan rasa takut dia sanggup memangku anaknya sepanjang lima jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Tambahnya, suaminya iaitu Datuk Lokman Teh bimbang dengan keputusan berkenaan namun memilih untuk menghormati naluri keibuan isterinya itu.

“Sepanjang lima ja saya peluk dia. Sampai masuk Singapura pun masih gendong. Suami ada tegur. Dia tanya saya sakit ke tak. Tapi saya kata tak sakit sebab saya pun memang selalu buat latihan angkat berat,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top