Selepas membuat kemunculan pada Februari lalu, kemunculan penyanyi rap yang terkenal dengan panggilan Mr General iaitu Malique Ibrahim kembali menyorot perhatian.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi, penulis lirik, komposer dan penerbit rakaman ini berkongsi projek terbaharunya bersama penyanyi rap, Yonnyboii menerusi lagu ‘Tanya Tuhan’.
Malah, hantaran tersebut juga turut dikongsikan Yonnyboii menerusi platform sama.
Bagaimanapun, lagu tersebut akan mula diperdengarkan kepada umum bermula 18 Julai ini, pada jam 9 malam di semua platform digital termasuklah Youtube rasmi Yonnyboii.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dua figura muzik ini menyifatkan kolaborasi Malique dan Yonnyboii adalah paling ditunggu-tunggu.
Selain, gabungan kedua-duanya diklasifikasikan sebagai kolaborasi tidak masuk akal memandangkan Malique dan Yonnyboii mempunyai kelebihan dan kreativiti tersendiri.