“Boleh Je Awak Pilih Hotel Concorde Ke, Shangri-La” – Aliff Syukri Jelaskan Isu Resort Mahal, Ada Serangga | Trending – Oh! Media

“Boleh Je Awak Pilih Hotel Concorde Ke, Shangri-La” – Aliff Syukri Jelaskan Isu Resort Mahal, Ada Serangga | Trending – Oh! Media

Trending

Usahawan Datuk Aliff Syukri bersuara selepas rumah hutan milik Bonda Rozita Ibrahim dapat rating rendah.


Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pengguna yang menginap di Rumah Hutan Bonda Rozita memberi rating yang rendah iaitu 4.5/10 kerana beberapa perkara.

Menurut individu itu, harga dikenakan mahal berbanding dengan servis dan pengalaman yang dilaluinya. Resort di hutan itu dikatakan ada serangga seperti tebuan serta tiada aktiviti di waktu malam.

Aliff Syukri jelaskan isu resort mahal, ada serangga

Tampil memberikan respon, anak kepada Bonda Rozita iaitu Datuk Aliff Syukri berkata, resort mereka berkonsepkan alam.

Sudah tentu ada serangga seperti nyamuk, cicak, cengkerik dan tebuan. Mereka sebagai pemilik tidak boleh menghalang haiwan sebegitu.

Aliff Syukri

Mengenai harga yang mahal pula, Aliff Syukri berkata pemilik resort membuat pelaburan membeli tanah yang ada sungai dengan harga mencecah jutaan ringgit.

Tambahan pula jika resort berada di atas bukit, mereka perlu mengeluarkan duit untuk membuat jalan raya dan sebagainya.

Jadi, target market mereka adalah orang yang berbeza. Ianya bergantung kepada pelanggan untuk membuat pilihan kerana banyak lagi resort-resort yang murah di luar sana.

Kalau you rasa sunyi, rasa tak ada aktiviti.. Bila cerita konsep nature, itulah realitinya. Boleh je awak pilih pergi hotel Concorde ke, Shangri-La ke, itu adalah konsep hotel. Dalam perniagaan, kami sebagai owner chalet tak boleh puaskan hati semua orang. Kita bercakap pasal nature, papa sendiri ada campsite dekat Tanjung Malim. Banyak orang complain campsite papa mahal caj RM70, khemah RM250. Korang tahu tak tanah ada sungai harganya jutaan ringgit. Chalet berkonsep kayu mahal kosnya.

Tambahnya, mereka hanya ada pelanggan pada hujung minggu je. Pada hari biasa, mereka membayar ratusan pekerja untuk menjaga tempat itu sahaja.

Sebab itulah, hotel di bandar lebih murah berbanding hotel-hotel di hutan, jelasnya. Sebagai pemilik resort, dia melihat komen negatif hanya menjatuhkan usahawan Melayu.

Aliff memohon pengunjung tidak membandingkan keselesaan resort persendirian di hutan dengan hotel terkemuka di tengah bandar.

Pssttt! Tak semua tempat sesuai untuk semua orang. Tapi lebih baik ambil komen pengguna dengan cara yang positif, kan?

Kredit: TikTok Aliff Syukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top