“Macam Nak Cili Mulut Dia!” – Intan Najuwa Berang Dikritik Kulit Gelap”

“Macam Nak Cili Mulut Dia!” – Intan Najuwa Berang Dikritik Kulit Gelap”

Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa berang terhadap individu yang digelar sebagai ‘makcik bawang’.

Menerusi platform Threads, Intan berkata individu tersebut telah meninggalkan komen di salah satu perkongsian di media sosial miliknya yang mempertikaikan warna kulitnya gelap.

“Ada makcik bawang komen dekat gambar acara semalam ‘kenapa Intan Najuwa tu gelap sangat’. Eh, macam nak cili mulut dia eh,” katanya.

Dalam masa sama, Intan menjelaskan dia seorang wanita berkulit sawo matang dan setiap hari menemani suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman bermain sukan polo.

“Salah ke kalau gelap? Kitanya hari-hari teman suami main polo kat padang. Panas tau dan saya memang bukan wanita yang berkulit putih dari kecik memang sawi matang,” katanya.

Di akhir perkongsian itu, Intan turut menitipkan pesanan kepada netizen untuk melakukan perkara yang lebih memberi manfaat dan berhenti mengkritik warna kulit orang lain.

“Tolong la eh, berhenti nak judge orang kulit putih atau gelap la. Baik pergi buat benda berfaedah sikit,” katanya.

Scroll to Top