Sheila Majid Bersuara Isu Artis Luah Masalah Di Media Sosial

Sheila Majid Bersuara Isu Artis Luah Masalah Di Media Sosial

Oh! Artis

Sheila Majid lebih selesa meluahkan perasaan kepada Allah berbanding media sosial.


Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Sheila Majid berkongsi pandangannya tentang sikap segelintir individu yang gemar meluahkan perasaan secara terbuka di media sosial. Katanya, tindakan sebegitu bukan sahaja tidak membantu menyelesaikan masalah, malah boleh memakan diri sendiri.

Saya malu nak buat begitu. Nanti anak akan tanya apa kena dengan saya. Saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial tapi hanya kepada Allah SWT.

Bagi Sheila atau nama penuhnya Shaheila Abdul Majid, dia lebih senang mencari ketenangan dengan mengadu kepada Tuhan, bukannya mengharapkan perhatian netizen.

Sheila Majid anggap luahan peribadi hanya jadi bahan cerita orang…

Sheila Majid

Sheila turut persoalkan sejauh mana keberkesanan berkongsi masalah di platform terbuka seperti media sosial.

Lagipun, orang-orang yang mendengar luahan kita di media sosial ini, boleh bantu kita ke? Atau hanya akan jadi bahan cerita untuk dijaja? Jika kita berkongsi terlalu banyak, ada kalanya orang pun tak lalu nak tengok.

Menurut penyanyi lagu ikonik ā€˜Sinaran’ ini, sebagai artis, seseorang itu perlu bijak menggunakan platform sosial secara profesional dan tidak terlalu mendedahkan hal-hal peribadi.

Media sosial cabaran besar untuk artis zaman sekarang…

Sheila Majid

Sheila juga mengakui bahawa suasana industri hiburan kini lebih mencabar dengan kewujudan media sosial yang membuka ruang untuk pelbagai reaksi netizen.

sahaja yang anda kongsikan akan mendapatkan reaksi balas daripada netizen. Bukan semua orang suka kita. Jadi, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita kongsikan.

Dia turut mengingatkan supaya tidak memberikan peluang kepada orang luar untuk menjatuhkan maruah atau memperlekehkan seseorang artis.

Dahulu, kisah artis ini hanya keluar di surat khabar dan orang ramai tak boleh komen sama ada mereka suka atau tidak. Jadi, kita kena kawal apa yang netizen akan nampak di media sosial.

Walaupun begitu, Sheila menghormati cara dan pendekatan setiap artis dalam menggunakan media sosial. Bagi Sheila, jika sesuatu perkara itu tidak penting atau tidak memberi manfaat, lebih baik disimpan sahaja dan tidak dikongsi di khalayak umum.

Pssttt! Zaman sekarang memang mudah sangat nak luah apa-apa di media sosial, tapi itu tak bermakna semua benda perlu kita kongsikan. Macam Sheila Majid cakap, kadang-kadang lebih baik simpan dan luah pada yang lebih memahami, Allah SWT.

Kredit: Ohbulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top