Trending
Pempengaruh Ija Nizaruddin didakwa reka cerita hilang dan larikan diri ke negara jiran. Polis buka siasatan, adik turut disyaki bersubahat.
Kehilangan pempengaruh permotoran, Ija Nizaruddin sejak Isnin lepas akhirnya terjawab apabila beliau tampil menyerah diri di Balai Polis Muar hari ini.
Menurut laporan Malaysia Gazette, pihak polis mendedahkan bahawa kehilangan itu bukan benar, sebaliknya satu cerita rekaan dan perkara ini dikatakan sendiri jelas Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Mangsa dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui sebelum melarikan diri ke negara jiran.
Pempengaruh disyaki hanya rekaan demi kepentingan peribadi

Siasatan awal mendapati laporan polis berhubung kehilangan itu mencurigakan, dan akhirnya terbongkar bahawa kes berkenaan dipercayai direka untuk tujuan peribadi.
Lebih mengejutkan, adik mangsa juga disyaki bersubahat dan berpura-pura melakukan pencarian untuk mengaburi pihak berkuasa!
Kedua-dua individu telah diambil keterangan. Siasatan diteruskan selepas mendapat kebenaran dari Timbalan Pendakwa Raya.
Disiasat di bawah dua Seksyen Kanun Keseksaan

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu dan Seksyen 109 kerana bersubahat. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Polis turut memberi amaran tegas bahawa laporan palsu adalah satu kesalahan serius yang boleh menjejaskan sumber dan fokus pihak berkuasa.
Pssttt! Jangan jadikan undang-undang sebagai mainan. Laporan palsu bukan saja menyusahkan pihak berkuasa, tapi juga membazirkan masa dan sumber negara. Fikir panjang sebelum bertindak!
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.