Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Zizi Kirana, Alya Iman Buat Laporan Polis! | Oh! Artis – Oh! Media

Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Zizi Kirana, Alya Iman Buat Laporan Polis! | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Alya Iman buat laporan polis selepas difitnah jadi orang ketiga rumah tangga Zizi dan Yusuf.


Pelakon jelita, Alya Iman akhirnya bersuara tegas selepas dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Baharin.

Menurut laporan mStar, Alya yang juga anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas kerana tak mahu namanya terus diburukkan.

Sebagai wanita, saya ada maruah dan mahu menjaga nama baik. Jadi apa-apa orang cakap fasal saya yang tidak benar, saya kena pertahankan diri saya.

Netizen dah tak berani kecam lagi

Alya Iman Yusuf Bahrin

Menurut Alya, selepas membuat laporan polis, kecaman terhadap dirinya semakin reda dan ruangan komen di media sosial juga telah dibuka semula.

Sekarang tiada lagi kecaman netizen. Saya dah buka balik ruangan komen selepas buat laporan untuk pihak berkuasa siasat.

Tambahnya lagi, senarai nama netizen yang membuat fitnah juga sudah diserahkan untuk tindakan lanjut.

Alya Iman tak akan biarkan orang ambil kesempatan

Alya Iman

Alya akui bukan mudah untuk berdepan dengan situasi sebegini, namun beliau tidak mahu terus jadi mangsa buli siber.

Benda ini mungkin akan jadi satu permainan panjang, tapi saya rasa berbaloi. Sebagai public figure, ini adalah cara untuk saya ajar orang supaya jangan sesuka hati tuduh orang.

Pihak berkuasa sahkan terima laporan

Pdrm

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad juga telah mengesahkan laporan yang dibuat oleh Alya telah diterima dan akan dirujuk kepada SKMM untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Kalau tak pasti, jangan buat tuduhan melulu. Setiap orang ada maruah dan hak untuk pertahan diri. Jadilah netizen yang bijak, bukan pembuli siber.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top