LHDNM dinobat juara kejohanan futsal antara jabatan

LHDNM dinobat juara kejohanan futsal antara jabatan

sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pasukan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) muncul juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan selepas menewaskan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) FC 3-1 di Stadium Tertutup Sukpa di sini, semalam.

Kebangkitan selepas ketinggalan pada awal permainan menobatkan pasukan berkenaan yang berada dalam kumpulan B sebagai juara edisi pertama kejohanan yang menghimpunkan 14 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Ketua pasukan LHDNM, Muhammad Syazwie Mohd Shafee berkata, tiga gol sumbangan Ali Imran Hassan menjadi pelengkap kejayaan pasukan pada perlawanan akhir yang menjadi kemuncak pada penyertaan pertama kejohanan futsal tahun ini.

Menurutnya, membariskan pemain berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) menjadi kelebihan buat pasukan LHDNM yang turun tanpa kelibat pemain import berbanding pasukan lain.

Katanya, sebelum ini kita turut menyertai kejohanan peringkat kebangsaan seperti Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) dan Sukan Hasil yang menghimpunkan kontinjen LHDNM seluruh negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top