“Ahli Parlimen Kerajaan RM20 Juta, Muar? RM200k” – Ini Punca Syed Saddiq Kena Buat ‘Kerja’ Baru | Trending – Oh! Media

“Ahli Parlimen Kerajaan RM20 Juta, Muar? RM200k” – Ini Punca Syed Saddiq Kena Buat ‘Kerja’ Baru | Trending – Oh! Media

Trending

Ahli Parlimen Syed Saddiq dedah hanya terima peruntukan RM200,000 untuk Muar.


Menerusi satu hantaran di media sosial, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyatakan rasa teruja kembali ke parlimen dengan kehadiran 100%.

BACA: Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Bella Astillah

Namun, beliau mendedahkan hanya menerima peruntukan RM200,000 berbanding RM20 juta yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Kerajaan.

Tambahnya, jumlah itu hanya diluluskan selepas lebih 500 hari menanti dengan syarat yang sangat ketat.

Tak boleh diguna untuk kebajikan rakyat

Syed Saddiq

Ujar Syed Saddiq, antara syarat yang dikenakan adalah peruntukan RM200,000 tidak boleh digunakan untuk kebajikan rakyat, infrastruktur, atau sebarang bentuk sumbangan.

Sebaliknya, ia hanya dibenarkan untuk bayar sewa pejabat, gaji kakitangan dan pengurusan semata-mata.

Syed Saddiq tak guna satu sen duit jadi duta atau modelling

Disebabkan itulah, beliau terpaksa bekerja keras dan mencari jalan lain bagi membantu rakyat Muar.

Dalam masa 6 bulan melakukan kerja baru, Syed Saddiq berjaya menyumbang lebih RM2 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya.

Katanya, dia akan terus berjuang demi rakyat Muar walaupun ruang bantuan kerajaan begitu terhad kepadanya.

Pssttt! Terbaik Syed Saddiq, kerja-kerja ‘luar biasa’ yang dibuatnya semuanya untuk kegunaan rakyat Muar. Semoga ‘job’ makin kencang!

Kredit: Instagram Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top