Rebat RM40k, Pinjaman Lulus Serta-Merta & Banyak Lagi, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang EON & Sahabat Autofest 2025 | Branded – Oh! Media

Rebat RM40k, Pinjaman Lulus Serta-Merta & Banyak Lagi, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang EON & Sahabat Autofest 2025 | Branded – Oh! Media

Penantian kini berakhir, acara EON & Sahabat Autofest 2025 kini kembali lagi! 

Siapa yang tak berkesempatan untuk sertai acara ini tahun lepas, apa kata korang daftar siap-siap DI SINI

Macam yang korang tahu, acara EON & Sahabat Autofest ini merupakan acara pameran dan jualan kereta daripada pelbagai jenama utama EON. Antaranya seperti Proton, Mitsubishi, Audi, Volkswagen, smart, Proton e.MAS dan banyak lagi. Jenama dari “Sahabat” EON seperti Isuzu dan Honda pun ada!

Menariknya, acara ini menyediakan pelbagai jenis tawaran hebat dan aktiviti menarik tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, meh sini meh kami kongsikan.

Pinjaman Lulus Dalam Masa Singkat

Kalau korang nak beli kereta baru, tapi tak nak tunggu proses pinjaman yang lama, korang wajib datang ke EON & Sahabat Autofest ini sebab pinjaman kereta korang akan diluluskan serta-merta! Mudah, senang dan cepat!

Peluang Nikmati Rebat Sehingga RM40,000

Selain itu, korang juga berpeluang untuk menikmati rebat sehingga RM40,000* kalau korang beli kereta semasa acara ini berlangsung. Haa, bila lagi nak dapatkan tawaran hebat macam ini betul tak?

Pemilikan Kereta Dalam Masa 24 Jam 

Bukan itu saja, korang tak perlu tunggu lama-lama untuk dapatkan kereta yang korang beli sebab stok memang sentiasa ada sepanjang acara ini berlangsung. Tang tu juga korang akan dapat kereta tau! Datang naik LRT, boleh pulang dengan kereta baru!

Peluang Untuk Menang Kereta Idaman

Paling best, korang juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta idaman baru kalau korang beli kereta semasa acara ini berlangsung! 

Siapa yang selalu bertuah tu, apa kata korang datang ke EON & Sahabat Autofest ni, mana tahu menang?

Zon Interaktif & Aktiviti Untuk Seisi Keluarga

Terdapat juga 8 jenis zon interaktif dan aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga, antaranya:

– Discover Zone

– Insurans & Kewangan 

– Pemeriksaan & Perlindungan

– Style & Care

– Jualan kenderaan Pra-Milik

– Zon Memandu

– Bazar Makanan & Minuman

– Zon Aktiviti Keluarga

Apabila selesai melakukan semua aktiviti di atas, korang boleh tebus hadiah menarik, serta bagi korang yang buat pandu uji, korang akan menerima baucar makanan dan minuman percuma. 

Untuk peminat Hot Wheels di luar sana, pastikan korang stay tuned sepanjang acara berlangsung sebab terdapat satu sesi khas unboxing kereta-kereta Hot Wheels tau!

Mini Konsert & Penampilan Khas

Sambil-sambil korang tengah pilih nak beli kereta mana yang sesuai dengan keperluan, korang turut akan dihiburkan dengan persembahan daripada beberapa artis terkemuka seperti Aisha Retno dan Nolee. 

Serta, terdapat juga penampilan khas team pod siar Keluar Sekejap Lagi tau, KJ & Shahril Hamdan dan penampilan mereka ini adalah pada masa yang sangat terhad!
Jadi, pastikan korang tanda kalendar pada: 

Tarikh: 9 Ogos 2025 

Masa: 11 pagi sehingga 1 tengahari

Tak cukup dengan itu, RUGI sangat kalau korang tak pra-daftar sekarang sebab korang berpeluang untuk menang barang rare dan edisi terhad iaitu Hot Wheels Proton Saga Edisi Ulang Tahun Ke-40!

Nak menang? Haa, korang wajib pra-daftar dan sertai EON & Sahabat Autofest 2025!
Daftar sekarang DI SINI

Lokasi: EON, Glenmarie, Shah Alam

Tarikh: 8 hingga 10 Ogos 2025

Masa: 10 pagi hingga 6 petang

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti media sosial EON Berhad di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn.

*tertakluk pada terma dan syarat.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top