Dilabel Baran, Netizen Backup Izara Aishah -“Dia Bukan People Pleaser, Dia Realistik!”

Dilabel Baran, Netizen Backup Izara Aishah -“Dia Bukan People Pleaser, Dia Realistik!”

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian selepas video siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini menerima pelbagai respons.

Mana tidaknya, tindakan Izara yang kelihatan secara sarkastik membalas pertanyaan pengikutnya di platform berkenaan dianggap garang dan baran.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan meninggikan suara ketika live berlangsung menyebabkan mereka takut untuk ‘menekan’ beg kuning yang disediakan.

 

 

Meskipun pelbagai komen balas diberikan, namun terdapat segelintir peminat pelakon drama rantaian popular TV3, Keluarga Itu tampil mempertahankan tindakan ibu anak dua ini.

Scroll to Top