Penyanyi Shila Amzah menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya bekerja untuk menyara keluarga termasuk suaminya, Ubai.
Memetik Astro Gempak, Shila menyifatkan tuduhan itu tidak berasas kerana dirinya kini bahagia dan ceria serta meminta netizen membandingkan gambarnya terdahulu dengan yang sekarang.
BACA: Ubai Sedia Jumpa Penyanyi Legenda Selesai Isu Shila Amzah
“Pada saya, mereka yang berkata begitu sebenarnya langsung tiada asas. Semestinya tak ada asas langsung.
“Kalau dakwaan itu berasas, tak mungkin saya sebahagia sekarang. Tak perlu pergi jauh, tengok sahaja gambar saya dalam media sosial dari tahun 2023 ke atas dan bandingkan dengan sekarang.
“Jelas sangat perubahannya, lebih ceria dan bahagia. Biarlah gambar yang menjawab segala-galanya,” katanya.
Sementara itu, Shila menyifatkan Ubai seorang yang melindungi serta bertanggungjawab sebagai suami dan bapa. Malah, Ubai juga seorang yang matang meskipun lebih muda daripadanya.
“Dia sangat protektif dan bertanggungjawab terhadap saya dan juga perkahwinan kami. Kalau boleh, dia tak mahu langsung perkara-perkara tak elok berlaku, apatah lagi anak-anak kami pun dah besar.
“Dia sejenis suami yang saya tak perlu arah atau minta apa-apa. Walaupun dia lapan tahun lebih muda daripada saya tapi dia sangat matang dalam setiap keputusan dibuat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak