Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun M kerana faktor usia sudah 100 tahun – PM Anwar

Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun M kerana faktor usia sudah 100 tahun – PM Anwar

Kabinet memuktamadkan agar tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan isu Pulau Batu Puteh kerana faktor umur yang sudah lanjut.

Tiada tindakan undang-undang buat Tun M

Tiada tindakan undang-undang buat Tun M

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan masih menetapkan bahawa Dr Mahathir tetap bersalah atas keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

“Kita ambil keputusan kerana ia membabitkan bekas Perdana Menteri, yang usianya 100 tahun.
“Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.
“Jika ambil tindakan, Kota Bharu (merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang akan jerit kata kita tidak adil tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun.
“Salah besar dalam hal ini tetapi kita tak payahlah teruskan (ambil tindakan),” kata Anwar di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar menjawab soalan diajukan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) berhubung keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan yang mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).

Menurut Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), mendedahkan kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir secara sepihak membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Ahli Parlimen Tambun itu memaklumkan, beliau tidak mahu kes Batu Puteh itu berulang kembali dalam tuntutan sempadan maritim di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia.

Tiada tindakan undang-undang buat Tun M

Foto: Berita Harian

“Batu Puteh itu, penyerahannya terlalu mudah, yang sekarang ini diam oleh rakan-rakan saya sebelah sana (pembangkang).
“Ini soal maruah. Kalau Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor dalam soal penyerahan Batu Puteh.
“Kenapa ‘double standard’ dalam hal ini?” jelasnya.

Artikel lain: PM Anwar tolak dakwaan pelaburan berbilion ringgit tak bawa hasil

Difahamkan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)

Scroll to Top