Oh! Negara
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dakwa kerajaan tiada bukti nak dakwa Tun Mahathir.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keputusan yang dibuat kerajaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Pulau Batu Puteh.
BACA: Anwar Ibrahim Dakwa Tun Mahathir Bersalah Tapi Umur Dah 100 Tahun
Dalam laporan terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan usia Tun Mahathir yang sudah lanjut sebagai faktor tidak mengambil tindakan undang-undang.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Fadhli membandingkan dengan kes Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang asetnya dikenakan tindakan walaupun sudah meninggal dunia.
Ahmad Fadhli memohon Perdana Menteri mengaku bahawa kerajaan sebenarnya tiada bukti kukuh untuk mendakwa Tun Mahathir.
Jelasnya lagi, Tun Mahathir bukanlah seperti segelintir individu yang akan melengahkan kes mahkamah.

Jika didakwa, Tun Mahathir berkemungkinan akan melangkah ke mahkamah tanpa rasa takut untuk mempertahankan dirinya.
Bukanlah saya mahu pertahankan Tun M sangat, tetapi saya rasa mual dengan alasan Perdana Menteri ini. Turun sahajalah, selesai satu masalah besar negara.
Ahmad Fadhli menegaskan bahawa kenyataan Perdana Menteri untuk tidak mendakwa Tun M disifatkan sebagai tidak masuk akal dan mencetuskan rasa muak.
Pssttt! Kalau benar Tun M bersalah, kenapa masih ada kekangan untuk dakwa beliau? Alasan usia bukan penghalang kalau keadilan ingin ditegakkan. Rakyat pasti mahu penjelasan yang lebih adil dan konsisten.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
![]()
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.