Usahawan sensasi, Kak KM menjelaskan anaknya, Nabila Razman bukan diberhentikan kerja seperti didakwa netizen sebaliknya tidak mahu meneruskan kerjaya sebagai pramugari.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata anaknya berdepan bayaran penalti sehingga RM50,000 selepas mengikut permintaannya untuk berhenti kerja.
BACA: “Pekerjaan Itu Bukan Untuk Saya” – Anak Kak KM Berhenti Kerja Pramugari Di Singapura
“Ramai yang tanya betul ke Nabila berhenti kerja atau dia diberhentikan? Takkanlah dia diberhentikan pula. Atas dasar apa? Dia memang pekerja yang baik.
“Kalau nak ikutkan kontrak Nabila dengan syarikat penerbangan antarabanga itu selama lima tahun. Bila kita dah langgar kontrak sudah tentu kena bayar penalti.
“Kalau ikutkan penalti yang dikenakan maksimum sehingga RM50,000 tapi sekarang ini pihak pengurusan syarikat penerbangan itu sedang membuat pengiraan sebenar. Harap taklah sampai jumlah tersebut,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia tidak kisah jika ada yang beranggapan dirinya terlalu memanjakan anak kerana baginya duit boleh dicari.
“Bagi saya duit boleh dicari. Bagi saya membesarkan anak-anak ini tak perlu nak marah-marah. Jadi saya tak kisah kalau langgar kontrak pun tak ada masalah, saya bayar sajalah. Anak saya biarlah saya yang mencorakkan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM berkata dia mengakui kesilapannya kerana meminta anaknya berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat Nabila melakukan kerja berat.
“Dia tak cakap nak berhenti tapi saya yang minta Nabila untuk berhenti. Saya tak rasa dia boleh bekerja, tambahan pula ini pengalaman pertama dia bekerja. Kedua dia tak pernah berjauhan dengan keluarga dan saya tak sanggup tengok dia kerja berat macam tu,” katanya.
Sumber: mStar Online