Betapa pentingnya 25 peratus cukai hasil pendapatan dipulangkan kepada Johor -TMJ

Betapa pentingnya 25 peratus cukai hasil pendapatan dipulangkan kepada Johor -TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kelewatan projek perkhidmatan awam di negeri itu dan menitahkan supaya 25 peratus cukai hasil pendapatan Johor dipulangkan semula kepada kerajaan negeri.

Penting 25 peratus cukai hasil pendapatan dipulangkan

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial rasmi baginda, pemulangan itu penting bagi memastikan pembangunan serta kebajikan rakyat dapat diuruskan dengan lebih berkesan tanpa terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya baru dimaklumkan mengenai kelewatan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang sepatutnya dibuka secara berfasa bermula Ogos ini dan kecewa kerana ia telah ditangguhkan ke Januari 2026.
“Berikutan kelemahan-kelemahan baru-baru ini yang berlaku seperti isu gangguan sistem autogate di BSI dan KSAB, hospital, projek tebatan banjir dan sebagainya, ingin saya sampaikan kepada rakyat Johor betapa pentingnya cukai hasil pendapatan Johor harus dipulangkan sebanyak 25 peratus kepada negeri ini,” titah baginda.

25 peratus hasil cukai

Pulangan 25 peratus cukai hasil pendapatan akan diguna untuk keperluan rakyat

Dalam pada masa yang sama juga, baginda bertitah, dengan pulangan cukai itu, Johor akan mempunyai keupayaan kewangan sendiri untuk membiayai keperluan rakyat tanpa perlu menunggu kelulusan pusat yang memakan masa.

“Apabila hasil cukai pendapatan Johor sebanyak 25 peratus diberikan semula kepada Johor, bermakna negeri ini boleh berdiri dengan kaki sendiri,” 

Artikel lain: TMJ gesa KKM bertindak segera, titah kesihatan adalah hak asas rakyat

Kecewa kelewatan beberapa projek penting

Baginda turut mengingatkan bahawa isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu apabila Johor dilaporkan menyumbang RM48 hingga RM49 bilion cukai setahun kepada kerajaan pusat, namun hanya RM1.4 bilion yang dipulangkan semula.

Dalam masa sama, TMJ turut menzahirkan kecewa dengan kelewatan demi kelewatan projek kerajaan yang akhirnya membebankan rakyat dan mengganggu kelangsungan sistem perkhidmatan penting.

Titah baginda, perkara itu seharusnya menjadi isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneliti semula agihan hasil negara, khususnya Johor yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara.

Scroll to Top