Nabil Latpi tekad bantu Kedah FA

Nabil Latpi tekad bantu Kedah FA

sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Pemain berpengalaman Liga Super, Mohamad Nabil Ahmad Latpi bertekad mencurahkan pengalamannya bagi membantu skuad baharu Kedah FA dalam mencapai misi kejayaan pada saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Pemain lincah kelahiran Pendang berusia 32 tahun dan pernah mewakili bebeberapa pasukan yang bersaing dalam Liga Super sejak 2019 sebelum ini muncul antara pemain senior yang dijangka memberi impak penting dalam skuad baharu kendalian Victor Andrag.

“Saya bersyukur kerana impian saya untuk menyarung jersi Kedah akhirnya tercapai walaupun kali ini dalam saingan Liga A1 Semi Pro dan saya berharap menjadikan musim 2025/2026 ini sebagai musim yang terbaik bagi membantu skuad negeri kelahiran saya ini dalam saingan liga yang akan bermula pada 2 Ogos depan.

“Dengan pengalaman yang saya lalui bersama beberapa pasukan Liga Super sebelum ini seperti Terengganu FC (TFC), PDRM FC dan Penang FC sebelum ini, saya yakin dapat menyumbang sesuatu kepada Kedah FA bermula musim ini.

“Saya tak boleh janji bulan dan bintang, tetapi saya berazam dan bertekad untuk lalukan usaha terbaik bersama skuad ini dan untuk persiapan saya yakin dapat menyesuaikan diri dengan secepat mungkin dengan panduan dan dorongan ketua Jurulatih Victor Andrag selepas ini,” katanya.

Nabil juga berkata fokusnya kini adalah meningkatkan tahap kecergasan dan ketajaman memburu gol supaya berada di tahap yang terbaik di hadapan penyokong sendiri.

“Beraksi di depan penyokong sendiri di Kedah ini adalah sesuatu yang saya nantikan dan saya perlu lebihkan lagi usaha untuk capai sasaran yang saya tetapkan bersama Kedah FA.

“Sebagai penyerang tempatan, saya berazam untuk menjaringkan gol seberapa banyak yang boleh dan secara peribadi saya idamkan lebih dari sepuluh gol,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top