Pelakon, Riena Diana mengakui lemah dan cair apabila mendengar kekasih hatinya, Keith Foo bercakap dalam bahasa Cina.
Sebuah perkongsian video yang disunting semula oleh peminat di platform TikTok memaparkan Keith sedang bercakap telefon dalam bahasa tersebut.
Menurut Riena, Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, 42, mahir dalam pelbagai bahasa, bukan sahaja dalam Cina dan Melayu.
“Setiap kali dia cakap Cina, saya cair la juga sebab macam-macam bahasa dia pandai,” katanya dalam video itu.
Dalam masa sama, aktres drama rantaian terkenal Kampung People itu bagaimanapun meluahkan rasa kesal kerana tidak memahami apa yang disampaikan oleh kekasihnya itu.
“Tapi tu la saya tak faham la. Suaiyong, suaiyong apa tu… saya cakap dia cakap ‘convert’ saja,” katanya.
@tracimwfrkh 🤣🤣🤣🤣🫶🏻 #keithfoo #rienadiana #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia
Sebelum ini, Riena memaklumkan dia sudah mempunyai nama Islam untuk Keith yang dipilihnya sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana, Keith Foo Ditegur Netizen Mesra Berpelukan Seperti Pasangan Suami Isteri – “Cepat Halalkan Hubungan”
Artikel Berkaitan: Calon Isteri ‘Perfect 10’, Netizen Minta Keith Foo Jangan Sia-Siakan Riena Diana – “Pandai Masak, Cantik… Hantaran RM30,000 Pun Berbaloi”
Artikel Berkaitan: Lepas Kongsi Juadah Masakan, Kali Ni Riena Diana Tunjuk ‘Morning Text’ Bersama Keith Foo Pula