Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan doa buat cucunya, Ayden Adrean yang mengalami kecederaan di bahagian kening baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Hafiza berkata dia baru mendapat berita serta mendoakan agar Ayden segera sembuh dan kembali sihat.
BACA: “Cucunda Berdua Penyumbang Keturunan Kami” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Untuk Ayden & Ara

“Al-Fatihah, masya-Allah baru mendapat berita. Umi Wan dan Tok Ayah doakan semoga cucunda Ayden Adrean Bin Md Aliff cepat sembuh dan kembali sihat, amin,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, Bella berkongsikan detik cemas apabila Ayden mengalami kecederaan di bahagian kening namun tidak berkongsikan lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku.
Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz, namun pasangan itu bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean dan Ara Adreanna.




