Oh! Negara
Presiden Indonesia Prabowo isytihar kekayaan lebih RM534 juta tanpa hutang. Gibran pula RM712k.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mencuri tumpuan ramai apabila mengisytiharkan jumlah kekayaan yang mencecah lebih 2 trilion rupiah atau kira-kira RM534 juta, tanpa sebarang hutang.
Pengisytiharan ini dibuat kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) dan telah disahkan sebagai lengkap secara pentadbiran pada 11 April lalu.
Menerusi Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN), Prabowo ternyata memiliki aset yang sangat luar biasa.
Presiden Indonesia, Prabowo ada aset hartanah dan kenderaan mewah…
Antara harta yang dilaporkan termasuk 10 bidang tanah dan bangunan di Bogor serta Jakarta Selatan, dengan nilai keseluruhan sekitar 294.5 bilion rupiah (RM76.35 juta).
Menariknya, sembilan daripadanya adalah hasil usaha sendiri, manakala satu lagi diterima melalui hibah sah.
Tak cukup dengan hartanah, Prabowo juga memiliki lapan kenderaan mewah bernilai 1.2 bilion rupiah (RM311,084). Antara yang disenaraikan ialah Toyota Alphard, Land Rover, Lexus, dan motosikal Suzuki.
Prabowo clean, tiada sebarang hutang…
Selain itu, beliau juga mempunyai harta mewah lain bernilai 16.4 bilion rupiah (RM4.25 juta), aset kewangan bernilai 1.7 trilion rupiah (RM440.70 juta), serta tunai dan aset lain sebanyak 48 bilion rupiah (RM12.44 juta).
Paling mencuri perhatian, Prabowo tiada sebarang hutang direkodkan dalam laporan ini.
Laporan kekayaan pemimpin ini menarik perhatian ramai kerana menunjukkan jumlah yang cukup besar dan peningkatan signifikan dalam nilai aset masing-masing.
Ini turut menggambarkan persiapan menjelang era pemerintahan baharu negara republik itu yang kini diketuai Prabowo.
Pssttt! Tak semua orang mampu umum harta ratus juta tanpa hutang macam Prabowo dan Gibran. Tapi korang boleh ambil pengajaran tentang pentingnya mengurus kewangan dengan baik dan telus.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






