“Bukan Mudah..” – Aslam Kongsi Pengalaman Peribadi Kehidupan Berpoligami | Trending – Oh! Media

“Bukan Mudah..” – Aslam Kongsi Pengalaman Peribadi Kehidupan Berpoligami | Trending – Oh! Media

Trending

Suami Marissa Dania akui cabaran poligami di usia muda. Aslam kongsi pengalaman peribadi dan kehidupan rumah tangga dua isteri yang penuh ujian!


Pempengaruh media sosial, Aslam mendedahkan dia kerap dihujani soalan tentang poligami semasa bersiaran langsung di TikTok. 

Menurut laporan Harian Metro, Aslam berkata yang dirinya percaya soalan-soalan tersebut sebenarnya hanya gurauan nakal sesetengah netizen.

Biasanya saya tak ambil serius. Ramai saja yang nak mengusik.

Aslam akui berpoligami bukan mudah

Misya

Aslam yang kini beristeri dua, termasuk Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim mengakui kehidupan berpoligami tidak semudah yang dilihat.

Enam bulan pertama sangat mencabar… sampai sekarang pun saya masih dalam proses membaiki diri.

Beliau juga mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan terlalu banyak perkara peribadi demi menjaga hati semua pihak yang terlibat.

Kurang selesa jadi tumpuan, tapi anggap sebagai rezeki

Marissa Dania

Sejak kisah rumah tangganya menjadi perhatian, Aslam mengakui kurang selesa dengan statusnya sebagai figura awam. Namun begitu, beliau reda dengan perjalanan hidup yang dilaluinya.

Kami bukan dari dunia hiburan. Tapi saya anggap ini semua rezeki dan peluang yang baik.

Pssttt! Poligami bukan sekadar pilihan, tapi tanggungjawab besar yang datang dengan cabaran berganda. Jika tidak bersedia dari segi emosi, mental dan rohani, lebih baik fokus bina satu keluarga yang stabil dahulu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top