Saarani nafi calon bertanding kerusi Parlimen Larut

Saarani nafi calon bertanding kerusi Parlimen Larut

bhnews@bh.com.my

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menafikan dakwaan beliau akan dicalonkan bertanding di Parlimen Larut.

Saarani berkata, tiada perbincangan pernah dibuat olehnya bersama sesiapa berhubung perkara itu.

“Memang tiada, tidak ada perbincangan di mana-mana..saya orang Lenggong,” katanya

mengulas laporan sebuah portal yang melaporkan UMNO sedang menimbang calon kuat untuk bertanding kerusi Parlimen Larut selepas wakil rakyatnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin keluar UMNO untuk menyertai BERSATU

Memetik laporan itu, sumber parti memberitahu antara nama dipertimbangkan termasuk Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Sementara itu, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, UMNO tetap akan meletakkan calon tempatan untuk bertanding di Larut.

“Sudah tentu, (letak calon UMNO di Larut), saya sudah sebut berulang kali, biar halilintar membelah bumi, calon UMNO tetap bertanding,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top