Guru pukul murid dengan penyapu kerana jatuhkan manik

Guru pukul murid dengan penyapu kerana jatuhkan manik
Guru tersebut yang berada berdekatan menjadi marah dan berulang kali memukulnya dengan penyapu yang dipegang. Gambar hiasan

Guru tersebut yang berada berdekatan menjadi marah dan berulang kali memukulnya dengan penyapu yang dipegang. Gambar hiasan

NAKHON SI THAMMARAT – Seorang guru didakwa memukul seorang murid lelaki berusia lapan tahun dengan penyapu selepas kanak-kanak itu secara tidak sengaja menjatuhkan sebiji manik di lantai bilik darjah.

Menurut laporan Thaiger, ibu bapa murid berkenaan berkongsi rakaman CCTV kejadian itu kepada agensi berita, mendakwa pihak sekolah mengabaikan insiden tersebut.

Mereka memaklumkan serangan berlaku pada 18 Julai lalu tidak lama sebelum sesi persekolahan tamat.

Menurut ibu bapanya, mereka mula curiga apabila anaknya kelihatan luar biasa pendiam dan murung di rumah, namun setelah disoal, barulah kanak-kanak itu menceritakan kejadian sebenar.

Difahamkan, ketika itu murid tersebut membantu membersihkan bilik darjah bersama rakan-rakannya serta guru berkenaan apabila dia tanpa sengaja menjatuhkan manik.

Guru tersebut yang berada berdekatan menjadi marah dan berulang kali memukulnya dengan penyapu yang dipegang.

Rakaman CCTV turut menunjukkan guru berkenaan menarik skarf kanak-kanak terbabit sebelum melepaskannya.

Rakan-rakan sekelas yang lain kelihatan terkejut, namun terus membersihkan bilik darjah kerana dipercayai takut menerima hukuman sama.

Guru terbabit digantung tugas. - Daily News

Guru terbabit digantung tugas. – Daily News

Ibu bapa mangsa juga mendedahkan kejadian terbabit bukan kali pertama, anak mereka mengalami masalah di sekolah.

Sebelum ini, dia dibuli dalam tiga kejadian berasingan, namun pihak sekolah didakwa tidak mengambil sebarang tindakan.

Selepas rakaman itu tular, Channel 7 Thailand melaporkan bahawa pengarah sekolah telah memanggil mesyuarat bersama murid dan ibu bapanya serta berjanji akan menyemak semula bukti CCTV dengan teliti.

Pengarah sekolah memberi jaminan bahawa guru terbabit telah digantung tugas sementara sementara jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penderaan fizikal tersebut.

Ibu bapa kanak-kanak itu dilaporkan telah membuat aduan di Balai Polis Mueang Nakhon Si Thammarat dan bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru berkenaan sehingga ke peringkat mahkamah.

Scroll to Top