Pelakon Miera Leyana meminta bekas madunya iaitu Adibah Abdul Mutalib agar berhenti membuka aib suaminya, Rosland Othman.
Memetik Harian Metro, Miera berkata kes melibatkan suaminya itu turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni serta reputasinya tercalar apabila namanya turut dikaitkan.
BACA: Suami Miera Liyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?
“Sudah-sudahlah buka aib bekas suami. Tak perlu meraih simpati orang dengan guna nama saya. Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian,” katanya.
Sementara itu, Miera berkata susulan kes membabitkan suaminya, kerjayanya juga turut terganggu dan kenyataan bekas madunya boleh menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi ‘influencer’ (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tetapi dengan kes mahkamah membabitkan suami yang masih belum selesai itu membuatkan kerja saya turut terganggu.
“Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga. Berhentilah buka aib bekas suami dan ‘move on’ dengan kehidupan anda,” katanya.
Dalam pada itu, Miera meminta untuk membuat segala tuntutan di mahkamah namun tidak perlu memberi kenyataan yang membuka aib suaminya kerana bimbang dalam masa sama boleh mengganggu emosi anak-anak Adibah.
“Kalau tak puas hati dengan kes perceraian, tuntutlah di mahkamah dan tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga.
“Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Bila anda buat kenyataan yang buka aib bekas suami kepada pihak media ia turut mengganggu emosi anak-anak anda sendiri,” katanya.
Sumber: Harian Metro