Pelakon Beego tampil mempertahankan diri selepas isterinya, Linda Hashim mendakwa dia bersikap sambil lewa dalam membayar nafkah anak.
Memetik mStar Online, Beego atau nama sebenarnya Mohammaf Aszerul Nizam mempersoalkan semula dimana isterinya sepanjang sembilan bulan mereka berdepan masalah rumah tangga.
BACA: “Kita Minta Nafkah Baru Dia Bagi, Itu Pun Tak Cukup, Duit Belanja Sekolah Anak Saya Tanggung”
“Linda kata dia masih isteri yang sah, kalau betul kenapa tak balik rumah? Sembilan bulan saya tunggu. Di mana tanggungjawab isteri itu?
“Dia tiada di rumah sedangkan saya masih duduk sendiri sepanjang tempoh itu. Saya panggil balik secara elok, tapi dia tak mahu,” katanya.
Sementara itu, Beego turut kesal kerana suka untuk berkomunikasi dengan Linda untuk selesaikan masalah mereka. Katanya lagi dia memberi nafkah setiap bulan dan hanya berhubung melalui anak sulung mereka.
“Saya beri duit nafkah setiap bulan dan ada bukti. Selama 9 bulan ini tak pernah nak berinteraksi dengan saya. Kami hanya berhubung melalui anak sulung. Bila nak duit, dia akan minta. Dia sendiri tak mainkan peranan seorang isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Beego tidak setuju dengan tindakan Linda berkongsi secara terbuka mengenai kisah rumah tangga mereka sehingga boleh menimbulkan salah faham.
“Adakah dia buat semua ini untuk provoke orang luar supaya saya nampak buruk? Atau adakah ini caranya untuk saya lepaskan dia? Saya cuba sebaik mungkin untuk selamatkan perkahwinan. Saya faham dia tak mahu, tapi perlu ke keruhkan keadaan lagi,” katanya.
Sumber: mStar Online