[VIDEO] Manja Panggil ‘Babe’, Ira Kazar Dedah Kekasih Hati Suka Tengok Wajah Tanpa ‘Makeup’

[VIDEO] Manja Panggil ‘Babe’, Ira Kazar Dedah Kekasih Hati Suka Tengok Wajah Tanpa ‘Makeup’

Penyanyi, Ira Kazar sekali lagi memberi bayangan dirinya sudah menemui pengganti selepas melalui keretakan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada September 2024.

Terkini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Ira atau nama lengkapnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang bercakap telefon bersama seorang jejaka.

Video tersebut seolah-olah menguatkan lagi desas-desus mengatakan Ira sudah mempunyai kekasih hati apabila mereka saling berbalas panggilan manja ‘babe’ (baby).

“Hi babe, if you are done remove your makeup please let me know,” kata jejaka tersebut.

“Hey babe, wait for me okay, just for two minutes,” balasnya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen Ira memaklumkan ‘kekasih hatinya’ itu gemar melihat wajahnya tanpa sebarang alat solek.

“Bila dia suka tengok kita bare face,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula berteka-teki tentang milik siapakah suara tersebut.

@irakazar_

Bila dia suka tengok kita bare face 😋 Satu swipe dgn Micellar Water G2G je, zassss hilang semua makeup!

♬ mejikuhibiniu – Tenxi & suisei & Jemsii

Sebelum ini, Ira pernahberkongsi sebuah foto mesra bersama seorang jejaka tampan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ira dilihat manis tersenyum bersama jejaka yang dikenali sebagai Sirac Kaya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Mesra, Jejaka Turkiye Kekasih Baru Ira Kazar?

Scroll to Top