Seoul: Tiga individu cedera termasuk suspek dalam kejadian tikaman di sebuah salun permainan Go di Seongbuk-gu, semalam, lapor The Korea Herald.
Menurut polis, insiden 7.35 malam itu berhampiran Stesen Gireum di Laluan 4, Kereta Api Bawah Tanah Seoul.
Dua mangsa yang cedera dipercayai lelaki yang berusia 60-an dengan seorang cedera di bahagian perut, manakala seorang lagi cedera di tangan.
Suspek yang juga lelaki berusia 70-an dilaporkan menikam dirinya sendiri di bahagian perut sebelum ditahan di lokasi kejadian.
Ketiga-tiga individu yang terbabit segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Motif serangan masih belum diketahui dan pihak berkuasa kini menunggu keadaan mangsa stabil sebelum menjalankan siasatan terperinci.
© New Straits Times Press (M) Bhd