am@hmetro.com.my
Sandakan: Guna kapal nelayan untuk menyeludup 32,800 liter minyak subsidi bernilai RM 1 juta ke negara jiran.
Itu cubaan seorang lelaki tempatan bersama empat warga asing untuk mengaburi mata pihak berkuasa sebelum ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Tanjung Papat, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, PPM menahan kapal terbabit sebelum menemui sejumlah minyak diesel dan petrol.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim, lelaki dan warga asing berusia antara 26 hingga 35 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Kita berharap orang ramai terus membantu usaha membanteras jenayah penyeludupan dengan melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara,” katanya.
Mohd Nazri berkata, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
© New Straits Times Press (M) Bhd