Oh! Artis
Fattah Amin dan Amira Othman jadi bualan hangat, netizen dakwa aksi mereka terlalu mesra dan ‘cringe’.
Nama Fattah Amin dan Amira Othman tiba-tiba naik mendadak di Threads apabila satu entri menyelar kemesraan antara mereka berdua viral.
Seorang pengguna secara terbuka meluahkan rasa tidak selesa melihat kemesraan mereka yang dikatakan terlalu ‘over’ dan tak sesuai ditonton umum.
Apa yang menggeletis sangat si Fattah Amin dengan Amira Othman ni. Boleh relax sikit tak? Cringe la please.- Tulis netizen itu.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut membayangkan jika anak mereka sendiri melihat semula video aksi berkenaan suatu hari nanti.
Bayangkan anak sendiri nanti dah besar tengok video-video bapak dia cringe bercinta macam tak ada hari esok.
Netizen lain pula berbelah bahagi nak sokong Fattah Amin atau tidak…
Meskipun tiada video spesifik disebut, komen tersebut dipercayai merujuk kepada interaksi Fattah dan Amira dalam projek bersama atau kemunculan mereka di kaca TV sebelum ini.
Macam biasa, bila dah jadi viral, pandangan netizen lain pun mula bercampur-campur. Ada yang bersetuju dan merasakan gaya mereka memang terlalu mesra hingga buat ramai rasa tak selesa.
Tapi dalam masa sama, ada juga yang tampil mempertahankan mereka dan anggap ia adalah cara biasa pasangan bekerjasama dalam industri hiburan.
Ada yang anggap kecaman hanya rasa iri hati…
Lebih panas bila ada netizen yang membalas dengan nada sinis, mendakwa pihak yang mengecam itu sebenarnya ‘hati tak tenang’ dan tak boleh tengok orang lain bahagia.
Sesetengah komen malah menyifatkan dakwaan ‘cringe’ tu cuma alasan untuk mempersoalkan hubungan yang tak beri kesan pun pada kehidupan orang lain.
Pssttt! Kadang-kadang, benda yang nampak biasa pada kita boleh jadi luar biasa pada orang lain. Tapi tak semua benda kita kena komen, apatah lagi kalau sekadar untuk hentam. Kalau korang rasa tak suka, scroll je laju-laju. Jangan sampai emosi sendiri jadi sebab untuk menyakitkan hati orang lain.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!