Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia mengalami masalah kaki lemah beberapa bulan lalu.
Kata Andi menerusi hantaran video di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya pada Jumaat, dia memaklumkan, ketika sedang berjalan secara tiba-tiba dia rebah sebanyak tiga kali.
Namun, Andi enggan berkongsi lanjut mengenai punca sebenar perkara itu terjadi.
“Aku beria main picke ball ni bukan apa, aku tengah kuatkan kaki aku. Sebab aku tengah ada problem dengan kaki aku.
“Ada insiden yang berlaku pada dua bulan lepas, aku rebah tiga kali. Masa aku jalan, aku rebah.
“Pasal apa, aku rasa ada yang tahulah pasal apa kan…Malas nak ulas pasal tu nanti ada yang panas pula.
“Dan perkara itu memberiakn kesan pada aku walaupun orang lain tak nampak. Tapi kaki aku memang tak kuat sekarang ni,” katanya.
Dalam hantaran berlaian pula, Andi meminta netizen di luar sana berhenti untuk mempersoalkan kenapa wajahnya semakin cengkung.
“Dan lagi satu, boleh stop tanya kenapa aku makin kurus.
“Aku kurus untuk aku, bukan untuk sesiapa dan bukan untuk kau.
“Last year, aku gemuk masa tu tengah shoot, aku tengok muka aku kembang dan terpaksa adjust angle.
“Sebelum tu aku tak ada ambil barang terlarang macam dadah dan sebagainya. Rutin aku hanyalah, makan dua kali sehari dan portion makan aku kecil. Malam pula, aku makan buah sahaja. So, dah boleh berhenti tanya kenapa makin kurus. Aku sihat, alhamdulillah,” jelasnya.