Hamilton bermula di petak ke-16 di GP Belgium

Hamilton bermula di petak ke-16 di GP Belgium

Belgium: Pemandu Ferrari, Lewis Hamilton yang juga juara bertahan Grand Prix (GP) Belgium ketika bersama Mercedes musim lalu, gagal melepasi fasa pertama sesi kelayakan.

Dalam pusingan kelayakan GP Belgium hari ini menyaksikan catatan masanya dibatalkan kerana melebihi had trek.

Juara dunia tujuh kali itu yang masih belum menaiki podium sejak berpindah ke Ferrari hujung musim lalu, akan bermula di petak ke-16 esok.

Pelumba Britain itu melalui hari yang cukup sukar dalam perlumbaan pecut pada Sabtu, apabila bermula dari petak ke-18 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

Hamilton merekodkan lima kejuaraan di Belgium, di mana ia hanya ketinggalan satu kejuaraan daripada rekod Michael Schumacher di litar itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top