Trending
Seramai 42 jemaah umrah terkandas di Taif selepas tiada tiket balik disediakan oleh agensi.
Satu situasi memilukan membabitkan seramai 42 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Jeddah selepas pihak agensi pelancongan (TA) gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan.
Lebih menyedihkan, kumpulan jemaah tersebut terdiri daripada pesakit dialisis, wanita mengandung dan warga emas yang sudah keletihan selepas menunaikan ibadah umrah.
Jemaah dialisis, mengandung, warga emas terkandas
Isu ini turut mendapat perhatian selebriti terkenal, Aaron Aziz yang memohon individu yang bertanggungjawab tampil.
Tiada tiket balik, terpaksa bermalam tanpa jaminan
Menurut mutawif Abu Sufyan, mereka dijadualkan pulang pada malam tadi, namun terpaksa bermalam di Jeddah tanpa sebarang kepastian atau jaminan bila mereka akan diterbangkan semula ke Malaysia.
Abu Sufyan turut memaklumkan bahawa mereka kini menanggung sendiri kos makan dan penginapan, melibatkan jumlah ribuan ringgit yang tidak kecil.
Saya sebenarnya kesian melihat raut wajah jemaah yang rata-ratanya umur 40, 50, 60, yang dilihat kecewa dan keletihan buat umrah. Tiba-tiba ini yang berlaku.
Beliau memohon individu terbabit menyelesaikan isu dengan cara yang sepatutnya iaitu cara seorang lelaki yang sebenar.
Ramai pengguna media sosial tampil mendoakan urusan para jemaah dipermudahkan dan berharap isu ini segera mendapat pembelaan sewajarnya.
Pssttt! Sangat menyedihkan apabila jemaah yang telah menyempurnakan ibadah ditinggalkan tanpa pembelaan. Semoga ada pihak tampil bertanggungjawab dan bantu selesaikan segera. Jangan biarkan mereka terus menanggung derita di bumi asing.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.