Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz berkata dia gembira melihat bekas isterinya, Bella Astillah terus melangkah kehadapan.
Menerusi satu temu bual bersama berita Singapura, mengulas mengenai fenomena BASS antara bekas isterinya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Aliff berkata dia reda dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.
BACA: “MasyaAllah Baru Dapat Berita” – Cucu Cedera, Ibu Aliff Aziz Titip Doa
Sementara itu, Aliff berkata dia kini memilih untuk memberi tumpuan kepada dirinya sendiri serta bersyukur melihat kedua-dua anaknya dikelilingi dengan orang yang menyayangi mereka.
“Ayden dan Ara dikerumuni orang-orang yang sayang mereka, insya-Allah. Itu yang pertama saya fikir. Siapa pun di sekeliling mereka, asalkan mereka disayangi dan dilayan dengan baik… Itu sudah memadai,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff mengakui dia masih belum berpeluang bertemu mahupun berhubung dengan anak-anaknya serta turut meluahkan rasa sayang buat Ayden dan Ara.
“Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati.
“Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara… I love you so much and I miss you,” katanya.
Pada 21 Februari lalu, Aliff dan Ruhainies, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat.