Aliff Aziz Reda Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq

Aliff Aziz Reda Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq

Oh! Artis

Aliff Aziz luah rindu anak-anak dan doakan kebahagiaan Bella. Luahan jujur seorang ayah


Walaupun rumah tangganya bersama Bella Astillah berakhir pada Jun lalu, Aliff Aziz nampaknya makin tenang hadapi kehidupan. Dalam satu wawancara bersama Berita Minggu Singapura, Aliff akui dia gembira melihat Bella bahagia.

Kalau itu yang membahagiakan mereka, saya reda dan doakan yang terbaik.- Kata Aliff.

Aliff merujuk kepada hubungan Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang jadi bualan netizen sejak kebelakangan ini dengan tanda pagar #BASS. Katanya, dia kini hanya mahu tumpukan pada diri sendiri.

Aliff Aziz lega lihat anak-anak dikelilingi orang sayangkan mereka…

Bella astillah 18

Walaupun hubungan suami isteri dah berakhir, kasih terhadap anak-anak tetap tak berubah. Dua cahaya mata mereka, Ayden dan Ara, sentiasa ada dalam hati Aliff.

Ayden dan Ara dikerumuni orang-orang yang sayang mereka, insya-Allah. Itu yang pertama saya fikir. Siapa pun di sekeliling mereka, asalkan mereka disayangi dan dilayan dengan baik. Itu sudah memadai.- Luahnya.

Tapi apa yang menyayat hati, Aliff masih tak dapat berjumpa atau berhubung dengan anak-anak sejak 2024. Nak tengok video pun tak sanggup sebab terlalu sebak.

Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati.

Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara. I love you so much and I miss you.

Diam bukan sebab kalah tegas Aliff Aziz…

Aliff Aziz

Aliff juga kongsi dilema yang selalu membelenggu dirinya. Nak bersuara, takut anak-anak terkesan. Nak diam, hati sendiri yang tanggung.

Kadang-kadang saya nak cerita semuanya. Tapi bila fikirkan kesan terhadap anak-anak dan keluarga, saya jadi serba salah.

Lepas dihukum denda RM3,000 atas pertuduhan khalwat dengan pelakon Ruhainies, Aliff kini lebih berhati-hati dan cuba pulihkan dirinya. Dia juga luah rasa terima kasih kepada ibunya yang tetap setia mempertahankan dirinya.

Aliff Aziz

Saya sedar keluarga saya pun menanggung tempias daripada setiap isu yang melanda diri saya. Saya nak bangkit dan jadi insan yang mereka boleh banggakan.

Walaupun tekanan dari media dan masyarakat membuatkan dia tersepit, Aliff kini lebih matang hadapi semua itu.

Pssttt! Korang, kasih seorang ayah ni tak semua orang nampak, tapi besar nilainya. Ohmedia harap kita semua hargai masa dengan anak-anak, jangan biar kesilapan pisahkan kasih yang ikhlas. Macam Aliff, kadang-kadang diam tu bukan sebab kalah, tapi sebab cinta itu terlalu dalam.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top