“Boleh Lek Sikit Tak” – Fattah Amin, Amira Othman Dikecam Cringe

“Boleh Lek Sikit Tak” – Fattah Amin, Amira Othman Dikecam Cringe

Di laman Threads, nama pelakon Fattah Amin dan Amira Othman menjadi bualan apabila ada netizen yang seolah kurang senang melihat kemesraan mereka.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut turut mendakwa kedua-duanya menggeltis serta dikecam ‘cringe’. 

BACA: “Fattah Banyak Pendam, Bukan Jenis Kongsi Perkara Yang Melukakan”

Malah, individu tersebut membayangkan jika anak mereka melihat semula video-video bapanya suatu hari nanti.

Tidak menyebut video mana yang diperkatakan namun ianya dipercayai merujuk kepada interaksi Fattah dan Amira dalam projek bersama sebelum ini.

Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain dimana mereka turut bersetuju namun ada mempertahankan kedua selebriti itu serta mengatakan individu berkenaan sebenarnya mempunyai masalah hati serta tidak boleh melihat orang lain bahagia.

Sumber: Beautifulnara


Scroll to Top