Janganlah body shaming Almy Nadia

Janganlah body shaming Almy Nadia

Serius, rasanya isu body shaming ini kita sudah boleh kategorikan sebagai isu lapuk. Sebabnya, terlalu banyak pendedahan atau kupasan mengenai buruknya tabiat mengeji tubuh badan atau fizikal orang lain ini diperkatakan.

Baik dari sudut psikologi, pendidikan mahu pun dari sudut agama. Semua berkaitan isu ini sepatutnya sudah masuk di akal masing-masing supaya jangan aniaya atau buat orang lain begitu.

Namun, pelik benar Cik Bunga apabila hal ini masih terpalit pada isteri pelakon, Datuk Fizz Fairuz, iaitu Almy Nadia.

Ya, tidak perlu diingatkan, empunya diri sendiri pun sedar mengenai fizikalnya itu yang kini tidak lagi macam zaman anak daranya sebelum ini.

Anak pun sudah ramai, yang penting, Almy bertuah kerana suaminya, Fizz, sentiasa ada di sisi dan sangat menyayangi dirinya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak mereka.

Jadi, Cik Bunga tidak faham kenapa sekarang ini masih ramai kalangan warganet hendak memperkatakan dan mempertikai mengenai berat badannya. Isu sudah lama dan Fizz sendiri pun menerima seadanya Almy di sisi.

Jadi, siapa anda semua hendak mengeji dan mengutuk Almy? Cik Bunga bukan apa, kasihan dengan Almy. Dia pun sudah tentulah ada perasaan, janganlah semudah itu orang lain hendak mengeji dirinya.

Dia gemuk atau kurus, bagi Cik Bunga, tetap cantik. Zaman anak dara dulu, memang lawa Almy ini. Tetapi tidak bermakna sekarang dia tak cantik. Betul tak?

Yang penting, dia badan berisi, sudah beranak ramai pun, suami tetap sayang. Ada perempuan lain, cantik kurus langsing pun suami lari cari kekasih gelap, curang. Eh!

Scroll to Top