Baru-baru ini, satu majlis anjuran Wawa Cosmetics telah berlangsung dan pelakon terkenal, Mawar Rashid dan Fasha Sandha juga turut ada melakukan senaman bersama secara beramai-ramai.
Menerusi Tiktok, bukan aktiviti senaman itu yang jadi bualan tapi penampilan Mawar Rashid yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Seluar ketat Mawar Rashid teruk dikecam
Apa yang mencuri tumpuan adalah seluar ketat yang dipakai oleh Mawar, yang menurut ramai warganet, terlalu mencolok mata sehingga menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang kecam dan beri teguran dan ada juga yang mempersoalkan rasa malu Mawar apabila berpakaian begitu.
Tak malu ke pakaian macam tu? Public event, ramai orang tengok.
Netizen kecewa dengan Mawar

Bukan tu jer, ada juga yang mengaitkan penampilan terkininya dengan keputusan untuk tidak lagi bertudung sebelum ini.
Sejak tak bertudung, makin tak terkawal cara dressing dia. Sedih tengok.
Walaupun ada segelintir yang mempertahankan kebebasan individu untuk berpakaian, majoriti tetap menyatakan kekecewaan terhadap perubahan imej Mawar yang dulunya dikenali dengan penampilan lebih sopan.
Pssttt! Sebagai figura awam, penampilan kita sering jadi perhatian. Walaupun kita bebas memilih gaya sendiri, tak salah untuk kekalkan rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat sekeliling.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.