Polis Siasat Peserta Bawa Patung Mirip Perdana Menteri Ke Perhimpunan | Trending – Oh! Media

Polis Siasat Peserta Bawa Patung Mirip Perdana Menteri Ke Perhimpunan | Trending – Oh! Media

Trending

Polis siasat patung mirip Perdana Menteri yang muncul ketika himpunan di Dataran Merdeka.


Isu patung menyerupai Perdana Menteri yang didakwa dibawa ketika himpunan Sabtu lalu mencetuskan perhatian apabila polis mengesahkan siasatan telah dibuka.

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, kes berkenaan kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rakaman video patung viral, empat laporan polis diterima

Perdana Menteri

Jelas beliau, setakat ini pihaknya sudah menerima empat laporan polis berkenaan patung berkenaan.

Pihak polis turut mengesan patung itu berada di sekitar kawasan Masjid Negara dan berjaya merakam video untuk tujuan siasatan lanjut.

Seperti mana kita jelaskan tempoh hari sekiranya ada salah laku yang melanggar undang-undang di mana-mana akta, kita akan ambil tindakan.

Tambahnya, satu kes berkaitan patung disiasat oleh USJT, manakala tiga lagi laporan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kerana melibatkan penggunaan dron.

Perdana Menteri
Foto Harian Metro Nabila Adlina Azahari

Ujarnya, penggunaan dron adalah dilarang sepanjang perhimpunan berlangsung dan perkara itu sedang diteliti pihak CAAM.

Dalam masa sama, tiada laporan diterima berhubung dakwaan penyebaran risalah ekstremis ketika himpunan berkenaan.

Pssttt! Semoga himpunan yang aman tidak dicemari dengan tindakan yang boleh menimbulkan kegusaran ramai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top