Messi, keluarga hadir ke konsert Coldplay

Messi, keluarga hadir ke konsert Coldplay

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak dunia, Lionel Messi dan isterinya, Antonela Roccuzzo meraih perhatian warganet apabila mereka muncul pada skrin gergasi di konsert Coldplay berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami, semalam.

Menurut laporan Free Press Journal, bintang Argentina berusia 38 tahun itu, turut membawa anak-anaknya ke konsert berkenaan, selepas aksi seri tanpa jaringan Inter Miami menentang FC Cincinnati.

Malah, Messi digantung satu perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) kerana tidak menyertai perlawanan All-Star MLS awal minggu ini.

Menariknya, menerusi satu hantaran di X rasmi milik Coldplay Access, memaparkan pasangan mesra itu menikmati persembahan malam terakhir kumpulan berkenaan di Amerika Syarikat (AS) sempena jelajah “Music of the Spheres World Tour”.

“Jumbotron bersama Lionel Messi. (Namun, dia tidak menyorok),” katanya.

Sementara itu, hasil semakan Arena Metro, vokalis Coldplay, Chris Martin turut menyambut kehadiran pemenang Piala Dunia itu dari atas pentas.

“Selamat datang saudaraku yang hebat. Awak dan isteri sangat menawan hari ini.

“Terima kasih kerana datang melihat persembahan kami. Atlet nombor satu sepanjang zaman,” kata Martin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top