am@hmetro.com.my
Tanjong Karang: Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Suzaini Sulaiman, 52, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat dikebumikan semalam.
Jenazah anak bongsu dari tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tanjong Karang, di sini, kira-kira 6 petang.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Suzaini yang tiba dari Hospital Putrajaya disolatkan di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang, 5.15 petang.
Kira-kira 300 orang terdiri daripada rakan sekerja, saudara-mara dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Terdahulu, Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung ketika melakukan latihan kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Putrajaya, kelmarin.
Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya namun disahkan meninggal dunia pada 7.45 malam.
Untuk rekod, Allahyarham menyertai NSTP bagi kawasan Kuala Selangor sekitar 2006/2007 sehingga 2018.
Beliau kemudian menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor pada Ogos 2017 sebelum bertugas di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
© New Straits Times Press (M) Bhd