Walaupun baru sahaja berdepan insiden kehilangan barang kemas, personaliti media sosial terkenal, Prince Syed sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan koleksi berlian isterinya bernilai RM3.2 juta!
Dalam satu perkongsian di TikTok, beliau menunjukkan isterinya menyarung perhiasan Diamond & Rose Quartz yang digayakan bersama busana rekaan khas dengan Swarovski bernilai RM75,000.
Wife menyarungkan perhiasan Diamond & Rose Quartz bernilai RM3.2 juta sahaja dan baju bertakhtakan Swarovski bernilai RM75,000 untuk ke Piala Jasmin Hajar.
Prince Syed dedah baju jahit sehari je?
@prince.syed.shahid Wife Menyarung perhiasan Diamond & Rose Quartz bernilai RM 3.2 Juta sahaja dan baju bertakhtakan Swarovskiii bernilai RM 75K untuk ke PIALA JASMIN HAJAR , sy buat baju ni dalam tempoh sehari jer last minit sebab sy busy sgt , cepat2 sy jahit dalam tempoh sehari jer , dan ini lah hasil baju last minit , dan dalam acara ini saya di beri amanah dan tugas untuk menjadi Juri Designer untuk acara terbesar Malaysia ini … Alhamdulillah tugas yang diberi telah saya jalankan dengan ikhlas , tulus dan jujur , tahniah untuk semua pemenang dan tahniah buat organizer event iaitu @Jasmin Hajar ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official
Tambah mengejutkan, Prince Syed turut mendedahkan bahawa busana eksklusif itu dihasilkan dalam masa sehari sahaja kerana kesuntukan masa.
Saya buat baju ni dalam tempoh sehari sahaja last minit sebab saya busy sangat, cepat-cepat saya jahit dalam tempoh sehari.
Netizen kagum dengan penampilan isteri

Penampilan isterinya yang serba glamor itu turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terpesona dengan kecantikan dan penampilan mewah beliau.
Ramai juga yang memuji padanan warna pakaian yang disifatkan sangat kena dengan tona kulit dan aura isterinya.
Pssttt! Rezeki masing-masing tak sama, tapi jangan jadikan kemewahan sebagai bahan riak. Dunia maya penuh mata memerhati – berlapang dadalah dalam berkongsi gaya hidup.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.