Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B, tampil memberi penjelasan selepas menerima teguran segelintir netizen berhubung pembantu peribadi (PA) yang dilihat membantunya turun dari kenderaan.
Sebuah video tular di TikTok memaparkan PA lelakinya memegang tongkat sambil membantu Cik B keluar dari kereta, sekali gus mengundang komen netizen yang menasihatinya agar menggunakan khidmat PA wanita demi menjaga batas mahram.
Tidak berdiam diri, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, menjelaskan dia mempunyai pembantu peribadi wanita yang telah lama berkhidmat dengannya, namun tidak kerap muncul dalam video mahupun di media sosial.
“Cik B memang dah lama ada PA sendiri. Kakak PA ni memang selalu ikut ke mana sahaja Cik B pergi, cuma dia tak selalu muncul depan kamera sebab banyak uruskan hal kerja di belakang tabir. Malah, staf lain pun ramai yang bantu secara off-camera,” katanya di kapsyen.
Mengulas lanjut mengenai tindakan staf lelaki membantu ketika dia tiba di rumah, Cik B menjelaskan ia bukan kerana tiada staf wanita, sebaliknya kerana tugas tersebut memerlukan tenaga fizikal.
@salmonskincikb Replying to @Azlina61 kakak cik b memang lama dah ada PA sendiri ye Ni Cik B tunjuk lagi PA Cik B sebab dalam video semlam tu tak nampak kakak PA ni kan Kakak PA ni selalu akan kemana mana dengan Cik B tapi jarang kelihatan di video video CikB sebab kakak PA ni selalu kerja belakang tabir Ramai lagi staf cik b di belakng tabir #staf #baik #bodyguard #driver #pa #alhamdulillah #ramai #orangbaik #hadir
♬ original sound – SALMON SKIN SALTED EGG CIK B – SALMON SKIN SALTED EGG CIK B




