Ahmad Fadhli Tak Mahu Minta Maaf Isu Thailand-Kemboja

Ahmad Fadhli Tak Mahu Minta Maaf Isu Thailand-Kemboja

Oh! Negara

Ahmad Fadhli enggan mohon maaf isu hantaran Thailand-Kemboja, serah pada polis.


Nampaknya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf atas hantaran media sosialnya yang didakwa menyindir usaha kerajaan menyelesaikan krisis antara Thailand dan Kemboja.

Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat minta maaf.- Katanya.

Walaupun isu ini dah menimbulkan reaksi kurang senang dari pelbagai pihak, dia tetap tidak berganjak dan serahkan semuanya pada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Ahmad Fadhli ditekan untuk minta maaf kepada Thailand, Kemboja dan Anwar Ibrahim…

 8389

Sebelum ini, ramai pemimpin tampil menggesa Ahmad Fadhli agar mohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand, Kemboja dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana hantaran beliau dikatakan keterlaluan dan tak sensitif terhadap usaha diplomatik kerajaan Malaysia dalam meredakan ketegangan dua negara jiran itu.

Meskipun hantaran tersebut telah pun dipadam dari media sosialnya, ia tetap tak dapat memadam rasa marah dan kecewa dalam kalangan rakyat serta masyarakat antarabangsa.

Anwar Ibrahim berjaya capai kata sepakat damai…

Dalam perkembangan terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik semalam apabila Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa sebarang syarat.

Perjanjian itu berjaya dicapai hasil mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar sendiri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menariknya, Amerika Syarikat turut bertindak sebagai penganjur bersama manakala China hadir sebagai pemerhati, menunjukkan betapa pentingnya peranan Malaysia dalam menyelesaikan konflik serantau.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua, tak kira siapa pun kita, perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran di media sosial, terutama bila melibatkan isu antarabangsa. Benda yang nampak remeh bagi kita, mungkin beri kesan besar pada hubungan negara. Jangan sampai satu ayat je, boleh cetus ketegangan.

Kredit: FMT
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top