Ini Nasib Pelajar Tingkatan Dua Tumbuk Cikgu Di Kajang

Ini Nasib Pelajar Tingkatan Dua Tumbuk Cikgu Di Kajang

Oh! Negara

Pelajar 14 tahun tumbuk guru lepas ditegur ponteng PJ disiasat polis.


Satu kejadian mengejutkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Kajang apabila seorang pelajar tingkatan dua bertindak menumbuk gurunya selepas ditegur kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani.

Kejadian ini berlaku petang kelmarin dan disaksikan oleh beberapa guru serta pelajar lain sebelum menjadi tular di media sosial.

Guru lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan membuat laporan polis pada jam 7.15 malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan bahawa pelajar terbabit telah ditahan dan kini direman selama dua hari.

KPM serah siasatan penuh kepada polis…

Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai peraturan tersendiri dalam menangani isu disiplin, siasatan kes ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Jadi tanggungjawab kita apabila peraturan kita itu kita laksanakan dan kemudian ada satu lagi pihak khususnya pihak polis (menyiasat) kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.- Katanya.

Cikgu terkesan akan diberi kaunseling…

 8401

Selain menyerahkan kes kepada pihak berkuasa, KPM turut menzahirkan sokongan kepada guru yang menjadi mangsa. Menurut Fadhlina, kementerian akan memberi perhatian terhadap kebajikan guru terbabit termasuk menyediakan sesi kaunseling.

Saya fikir sokongan kepada guru kita juga penting untuk kesejahteraan mereka.- Tambahnya.

Kes kini berada di bawah kendalian pihak Timbalan Pendakwa Raya dan difahamkan bahawa pelajar berusia 14 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Kajang pada hari ini. Ini sekaligus menunjukkan bahawa tindakan undang-undang tetap diambil walaupun pelaku masih bersekolah.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua, tak kira pelajar atau sesiapa pun, tahu batas dan hormat pada guru. Guru pun manusia biasa yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Kalau ada masalah, bincang cara baik, bukan balas dengan kekerasan. Hormati guru, hormati ilmu, barulah hidup kita diberkati.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top