“Saya Kena Raba Di Pinggang, Ketiak” – Ammar Ahyan Dedah Kena Raba

“Saya Kena Raba Di Pinggang, Ketiak” – Ammar Ahyan Dedah Kena Raba

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dia menjadi mangsa apabila dirinya diraba ketika mempromosikan produk ibu bapanya di sekitar Masjid India semalam.

Memetik mStar Online, Ammar berkata kejadian itu berlaku ketika dia sibuk membantu ibu bapanya bersempena kempen Malaysia Book of Records jualan Bag Tangan Terpantas bagi jualan siaran langsung

BACA: Nabil Ahmad Kagum Cara Didikan Aliff Syukri & Isteri, Puji Ammar Ahyan

“Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru saja kena raba. Saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Ammar berkata dia tidak ada masalah jika ada yang mahu bergambar serta beramah mesra namun kecewa apabila ada yang mengambil kesempatan.

“Saya tiada masalah kalau ornag ajak bergambar atau nak bersembang tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat,” katanya.

Menurut Ammar, dia memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida yang menasihatinya untuk kekal tenang dan dia memilih untuk memaafkan kerana kejadian itu mungkin tidak disengajakan.

“Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam tu, Tapi mungkin juga orang itu salah faham atau tak sengaja. Jadi saya maafkan saja,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top